Sebuah trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membawa 24 anggota untuk ke pusat pengundian awal terbalik dalam kejadian di Kampung Durian Daun, Rembau, pada pagi Selasa.
Dalam kejadian 11.40 pagi tadi, 18 mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital dengan dua daripadanya menerima rawatan di Zon Merah Hospital Rembau.